Jumlah korban kekejaman Israel terus bertambah. Memasuki hari ke sepuluh serangan mereka sudah 534 orang syahid dan 2500 lagi tercedera.
Direktor Kecemasan Palestin, Dr. Muawiyah Husnain menyatakan, jumlah syuhada terus bertambah hingga kini sudah mencapai 524 orang. 120 diantaranya adalah anak-anak dan 50 lainya wanita. Sementara yang tercedera berjumlah 2500 orang, sebahagiannya dalam keadaan kritikal.
Sumber menyebutkan, sebahagian besar korban adalah warga awam dan anak-anak. Sementara petugas kesihatan tidak dapat menjangkau sejumlah lokasi kejadian, akibat serangan Zionis yang terus menerus, baik dari darat, laut dan udara.
Semalam sahaja (5Jan), Menteri Kesihatan Palestin di Gaza mengesahkan seramai 17 warga awam terbunuh akibat serangan Israel, 5 orang dari mereka adalah kanak-kanak dari sebuah keluarga apabila jet pejuang Israel membedil rumah mereka. Medik melaporkan bahawa ahli keluarga tersebut dibiarkan mati bersendirian kerana ambulans-ambulans itu tidak dapat mengambil mereka kerana kereta kebal rejim Zionis mengawal di situ.
Sumber: infpltn, imemc.org