JENIN, 29 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyerang masuk sekolah Izzedine al-Qassam di bandar Yabad di selatan Jenin, dengan membuat pemeriksaan dari kelas ke kelas serta mengganggu pelajar di hari pertama sesi baharu persekolahan.
Pelajar di Palestin memulakan sesi baharu persekolahan semalam, Ahad, setelah bercuti musim panas selama tiga bulan.
Bandar Yabad yang terletak bersebelahan penempatan haram Mevo Dotan sering menjadi sasaran serangan tentera dan pendatang Yahudi.