Herzog: Zionis akan kehilangan al-Quds jika penduduk Palestin dibiarkan

AL-QUDS, 15 Mac 2016 (Anadolu) — Pemimpin pembangkang Zionis Isacc Herzog dalam sesi jelajah beliau ke al-Quds Timur semalam memberi amaran bahawa pihak rejim akan kehilangan al-Quds sebagai ibukota mereka sekiranya kawasan kejiranan Palestin di pinggir kota suci itu tidak dipisahkan keluar [dari wilayah al-Quds] dan diserahkan sebagai sebahagian daripada wilayah Tebing Barat.

Rejim Zionis mendakwa al-Quds sebagai ibukota abadi mereka, yang jelas tidak diiktiraf bahkan dibantah oleh masyarakat antarabangsa.

Herzog baru-baru ini mengumumkan sebuah perancangan untuk memasukkan 28 buah bandar di kawasan timur al-Quds ke dalam wilayah Tebing Barat. Menurut beliau, untuk mempertahankan status Yahudi di al-Quds, hanya sebilangan kecil penduduk Palestin boleh tinggal di kota itu dan kawasan pinggirannya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts