Hospital Beit Hanoun gantung perkhidmatan kerana habis bekalan minyak

GAZA, 29 Jan 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan bahawa Hospital Beit Hanoun terpaksa menggantung semua perkhidmatan setelah bekalan minyaknya habis mulai pagi ini.

Menurut kenyataan jurucakap kementerian, Ashraf al-Qedra, semua pesakit akan dipindahkan ke hospital-hospital lain di Gaza.

Semalam, pihak kementerian mengeluarkan amaran Hospital Beit Hanoun dan Hospital Kanak-Kanak al-Durra mungkin terpaksa ditutup dalam tempoh beberapa jam kerana masalah bekalan minyak.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts