Hospital kanak-kanak di Gaza dalam keadaan cemas kekurangan ubat

GAZA, 28 Mei 2017 (PIC) — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza hari ini mengeluarkan amaran tentang keadaan kritikal yang dihadapi oleh para pesakit di Hospital Kanak-Kanak Abdul Aziz al-Rantisi kerana kehabisan bekalan ubat serta bahan terapi dan krisis bekalan elektrik.

Keadaan 48 orang kanak-kanak yang menjalani dialisis buah pinggang setiap minggu kini semakin teruk apabila ubat untuk merawat sawan dan gangguan hormon sudah kehabisan. Di samping itu, beberapa kes rawatan pesakit yang menghidap cystic fibrosis, gangguan saraf, tumor dan kegagalan buah pinggang tidak dapat diteruskan lagi.

Beberapa orang pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) berhadapan dengan risiko kehilangan nyawa kerana masalah bekalan elektrik.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts