HRW: 90,000 penduduk Palestin di Baitul Maqdis akan kehilangan tempat tinggal

BAITUL MAQDIS, 29 Mei 2017 (PIC) — Pertubuhan Human Right Watch (HRW) dalam laporan bulanan mereka mendakwa sekitar 90,000 orang penduduk Palestin di Baitul Maqdis bakal kehilangan tempat tinggal kerana rumah yang mereka diami terancam diroboh atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan dari pihak rejim Zionis.

Laporan tersebut menyebut bahawa pihak rejim hanya membenarkan 12% daripada kawasan Baitul Maqdis didiami oleh penduduk Palestin. Pada masa yang sama mereka memperuntuk 35% wilayah itu untuk penempatan haram Yahudi.

Tindakan tersebut adalah bertujuan untuk menjadikan kaum Yahudi sebagai penduduk majoriti kota suci Islam itu. “Dokumen perancangan pihak perbandaran [Zionis] ada menyatakan matlamat mereka untuk memastikan penduduk Palestin menjadi golongan minoriti di kota itu,” tulis laporan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts