Hujan lebat bawa banjir dan kerosakan di Gaza

GAZA, 22 Feb 2016 (Maan) — Hujan lebat selama dua hari berturut-turut yang melanda wilayah Gaza menyebabkan banjir kilat yang menghanyutkan kenderaan, memusnahkan pokok-pokok dan tanaman serta merosakkan rumah penduduk.

Menurut laporan pejabat Pertahanan Awam Palestin, beberapa orang penumpang yang menaiki dua buah kereta di Khan Younis dihanyutkan air. Manakala sekurang-kurangnya enam keluarga di kawasan kejiranan al-Nimsawi di selatan Khan Younis terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka dinaiki air.

Lima kes kebakaran berlaku apabila air banjir merosakkan saluran gas dan elektrik. Dua daripadanya berlaku di bandar Rafah dan tiga lagi di kawasan lain di selatan Gaza.

Laporan The Palestinian News & Info Agency (WAFA) bagaimanapun mendakwa banjir kilat yang melanda Gaza adalah disebabkan oleh tindakan tentera Zionis melepaskan air dari beberapa buah empangan mereka yang menakung air hujan berlebihan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts