Hukuman mati Zionis hanya terpakai ke atas penduduk Palestin, tidak Yahudi

AL-QUDS, 22 Mei 2016 (PNN) — Rejim Zionis bakal meluluskan undang-undang tentera yang akan membenarkan hukuman mati ke atas penduduk Palesitn sahaja dan tidak terpakai ke atas penduduk Yahudi.

Undang-undang tersebut dicadangkan oleh Menteri Perang yang baharu dilantik, Avigdor Liberman. Rang undang-undang tersebut telah dibentangkan pada tahun lalu, namun ditolak pada bacaan pertama dengan 94 ahli perlimen menolak, berbanding hanya enam menyokong.

Lieberman menjadikan hukuman mati sebagai salah satu syarat utama bagi parti Yisrael Beitenu pimpinannya menyertai pakatan parti pemerintah yang diketuai Benjamin Netanyahu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts