Ibu 6 anak diusir dari al-Quds ke Tebing Barat

AL-QUDS, 7 Ogos 2017 — Setelah dikurung selama 12 bulan, pihak berkuasa Zionis mengusir Dalal Said Abu al-Hawa, 39, dari rumahnya di al-Quds Timur ke dalam buangan di Tebing Barat.

Dalal Said, ibu kepada enam orang anak, ditahan setahun lalu atas tuduhan memindah wang kepada tahanan Palestin, termasuk anaknya Omar, 17, yang dikurung selamaa dua setengah tahun atas tuduhan membaling batu dan bom molotov ke arah polis Zionis. Beliau juga dituduh memasuki al-Quds tanpa kebenaran.

Dala Said berasal dari Tebing Barat, tetapi berpindah ke kejiranan al-Tur di kota al-Quds setelah berkahwin dan mendapat kebenaraan melalui undang-undang penyatuan keluarga.

Bagaimanapun rejim Zionis membatalkan kebenaran tersebut setelah beliau dikenakan hukuman.

Ketika ditangkap, beliau dipaksa meninggalkan bayinya beumur sembilan bulan di rumah. Kini beliau terpaksa meninggalkan semua anak-anaknya.

Polis membuang penduduk Palestin ke luar daerah merupakan satu bentuk tekanan ke atas mereka yang membantah penjajah Zionis.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts