Ibu Abu Ghannam dihukum penjara 11 bulan

BAITULMAQDIS, 16 Dis 2018 — Sebuah mahkamah Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 11 bulan ke atas ibu kepada Mohammed Abu Ghannam, atas tuduhan menghasut melalui laman sosial Facebook.

Suzan Abu Ghannam, 39, ditangkap dari rumahnya di bandar al-Tur, Baitulmaqdis Timur, pada 5 Ogos lalu.

Mohammed Abu Ghannam ditembak mati oleh tentera Zionis pada 21 Julai 2017, ketika pertempuran tercetus di Baitulmaqdis apabila rejim Zionis memasang alat pengesan logam di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts