Ibu Dan Anak Terbunuh Dalam Serangan Ke Atas Gaza

GAZA, 11 Okt 2015 (IMEMC) — Seorang ibu hamil bersama anaknya terbunuh dan empat lagi ahli keluarga mereka tercedera dalam serangan tentera udara Zionis ke atas kejiranan Zeitoun di sini awal pagi tadi.

Nour Rasmi Hassan, 30 tahun, yang sedang hamil lima bulan, dan anaknya Rahaf, 2 tahun, terbunuh di tempat kejadian.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza, setelah menjumpai Nour Rasmi yang telah terbunuh para petugas perubatan dan penyelamat mula mencari mangsa-mangsa lain di bawah runtuhan dan menjumpai anaknya yang juga telah terbunuh.

Jet F-16 Zionis dilaporkan menembak dua peluru berpandu ke kawasan berdekatan rumah mangsa di tenggara Gaza menyebabkan beberapa buah rumah musnah. Beberapa kawasan lain di Gaza turut diserang, meyebabkan kebakaran dan kerosakan teruk.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts