Ibu Ditahan Ketika Mencari Anak Perempuannya yang Ditangkap Tentera Zionis

BEIT LAHM, 19 Dis 2017 — Seorang ibu, Nariman al-Tamimi, ditahan oleh polis Zionis di stesen Benyamin di utara Ramallah pagi tadi, ketika beliau mencari makulumat tentang keadaan anak perempuannya yang telah ditangkap oleh tentera Zionis.

Ahed al-Tamimi, 17, ditangkap dari rumahnya di perkampungan Nabi Saleh beberapa jam sebelumnya. Tentera memecah masuk rumah mereka dan menangkap Ahed ketika beliau sedang tidur. Semua ahli keluarga beliau dipukul, dan semua komputer serta kamera dirampas sebelum menggari Ahed dan melarikan beliau.

Sehingga kini, kedudukan Nariman dan Ahed masih belum diketahui.

Keluarga al-Tamimi dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa kerana aktiviti mereka menentang penjajahan Zionis. Dua tahun lalu, kisah keluarga mereka menjadi hangat apabila seorang askar Zionis cuba menangkap anak lelaki mereka yang cedera di tangan, Muhammad, secara ganas. Nariman dan Ahed akhirnya berjaya menghalang askar tersebut dan membebaskan Muhammad. Ahed dianugerah dengan “Hadiah Keberanian Hanzala” oleh pihak perbandaran Basaksehir di Istanbul atas keberanian beliau.

Mohammed al-Tamimi, 11, cuba ditangkap oleh askar Zionis di perkampungan Nabi Saleh pada 28 Ogos 2015.

Video di atas menunjukkan Ahed menghalau dua askar Zionis beredar dari kawasan rumahnya di Nabi Saleh, serta menampar seorang askar Zionis yang menembak sepupunya di bahagian kepala Jumaat lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts