Ibu Kepada 3 Anak Dihukum Penjara 4 Tahun

BAITULMAQDIS, 3 Jan 2018 — Mahkamah Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun ke atas Jihan Hsheima, 36, atas tuduhan cuba menikam seorang askar berdekatan sekatan Qalandiya.

Jihan yang berasal dari daerah al-Issawiya di kota Baitulmaqdis ditembak dengan tiga butir peluru di bahagian kakinya di sekatan Qalandiya pada 30 Disember 2016. Selepas kejadian, beliau terus dipindahkan ke sebuah pusat interogasi Zionis.

Ibu kepada tiga orang anak itu masih menanggung kesakitan selepas lebih setahun. Rejim Zionis menangguhkan perbicaraan ke atas beliau sebanyak 10 kali.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts