Ibu tahanan Palestin ditangkap selepas interogasi

BEIT LAHM, 7 Feb 2018 — Wanita Palestin Nuha Shawahne, 52, ditangkap selepas beliau hadir ke sebuah balai polis Zionis di kawasan penempatan haram Ariel bersama suami dan seorang anak lelakinya.

Nuha merupakan ibu kepada dua tahanan, Orwa dan Sharhabeel. Semalam, beliau serta suaminya Taher dan anak lelaki mereka Abdul Karim diarah hadir ke balai polis tersebut untuk diinterogasi.

Selepas sesi interogasi sehingga lewat malam, Taher dan Abdul Karim dihantar pulang tetapi Nuha ditahan di awal pagi tersebut, tanpa diberikan sebarang alasan.

Tentera Zionis menetapkan Nuha dihadap ke sebuah mahkamah tentera di Jenin esok (Khamis).

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts