AL-KHALIL, 5 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis semalam menyerang keluarga Palestin di kota al-Khalil apabila menghalang cubaan menculik anak lelaki mereka.
Pasukan tentera yang berkawal di laluan masuk ke Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-khalil cuba menculik Muhammad al-Muhtaseb, 27, sebelum ibu dan bapa beliau menghalang. Ibunya cedera dan dikejarkan ke sebuah hospital.
Sementara itu pertempuran tercetus berdekatan Sekolah Tariq Bin Ziad di Kota Lama al-Khalil. Tentera melepaskan tembakan grenad pelali dan peluru getah ke arah penduduk Palestin.
(Maan)