ICRC Selar Tindakan Ahli Parlimen Zionis Pintas Bas Keluarga Tahanan Palestin

GAZA, 25 Dis 2017 — Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) hari ini menyelar tindakan Ahli Parlimen Zionis, Oren Hazan, memintas sebuah bas ICRC yang dinaiki oleh keluarga tahanan Palestin.

Media Zionis hari ini menyiarkan rakaman video Hazan memintas dan menaiki sebuah bas ICRC berhampiran penjara Nafha di selatan negara haram Zionis. Beliau kemudian memaki hamun keluarga Palestin yang sedang dalam perjalanan untuk melawat anak-anak mereka dalam penjara Zionis itu. Beliau juga cuba menghalang bas tersebut meneruskan perjalanan.

Laporan media Maariv menyebut bahawa Hazan menyerang keluarga terbabit dan kemudian berpaling ke arah seorang ibu dan menjerit, “Anak kamu (adalah seekor) anjing. Aku akan pastikan kamu tidak lagi dapat melawat dia.”

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts