Ihsanoglu: Gunakan Saluran Undang-Undang Antarabangsa Untuk Hentikan Sekatan Israel Ke Atas Gaza

JEDDAH, Isnin, 25 oktober – Seorang pakar undang-undang yang menganggotai satu jawatankuasa khas  bagi menamatkan sekatan Israek ke atas Gaza yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengatakan OIC harus mengambil langkah ke hadapan dengan menghantar surat bantahan rasmi dan berusaha menggunakan saluran  undang-undang antarabangsa untuk menamatkan  “tragedi kemanusiaan” di Gaza yang disebabkan oleh sekatan Israel.

Menurut Ihsanoglu, sekatan Israel yang berpanjangan adalah tidak adil terhadap 1.7 juta warga Palestin di Gaza. Ianya bukan sahaja  melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi juga bertentangan dengan konsep yang paling asas iaitu etika kemanusiaan. Demikian kenyataan beliau dalam sebuah pertemuan yang diadakan di pejabat sekretariat OIC di Jeddah pada hari Ahad (24/10).

Setiausaha Agung OIC telah memanggil pasukan ahli undang-undang untuk membahas pendekatan dan kaedah bagi memastikan pengepungan Israel di Gaza dapat ditamatkan. Selain itu diharap juga dalam perbincangan tersebut dapat dikemukakan cadangan-cadangan praktikal untuk menyelesaikan permasalahan tersebut agar negara-negara OIC dan pertubuhan-pertubuhan awam yang lain dapat menuju ke arah usaha menghentikan sekatan tersebut. Pasukan pakar tersebut meliputi wakil-wakil dari Arab Saudi, Mesir, Turki, Senegal, Palestin, dan Malaysia.  (PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts