Imam ditangkap kerana mendoakan keburukan ke atas polis Zionis

AL-QUDS, 23 Julai 2017 — Tentera Zionis menangkap seorang imam selepas menyampaikan khutbah di hadapan ribuan penduduk al-Quds berdekatan Pintu al-Asbat Jumaat lalu, di mana beliau didakwa mendoakan supaya keburukan menimpa polis Zionis dan keluarga mereka.

Menurut jurucakap polis Zionis, imam berumur 42 tahun yang berasal dari kawasan Wadi Joz itu ditangkap sebagai langkah mengekang gangguan keamanan dan hasutan keganasan ke atas pasukan polis. Beliau dituduh membaca doa supaya “isteri-isteri polis menjadi janda, dan anak-anak mereka menjadi yatim.” (Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts