AL-QUDS, 21 Ogos 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis petang tadi membebaskan imam Sheikh Nour al-Deen al-Rajabi, dengan syarat beliau tidak lagi memasuki kota al-Quds serta membayar denda sehingga 5,000 shekel (RM 5,990).
Semalam, pihak perisikan Zionis mengarah Sheikh Nour al-Deen hadir ke pusat tahanan al-Mascoubiya untuk disoal siasat. Beliau kemudiannya ditangkap sehingga menunggu pendakwaan di mahkamah.
Mahkamah memutuskan untuk mengusir beliau dibuang daerah dari kota al-Quds selama seminggu, dan melarang beliau berhubung dengan beberapa orang yang tersenarai hitam selama sebulan.