Impian Mahmoud dan Fatima Musnah Untuk Tunaikan Ibadah Haji

Impian Mahmoud dan Fatima Jargoun untuk menunaikan haji di Mekah musnah selepas tidak ada jalan keluar di Semenanjung Gaza.

Barang kemas telah dijual untuk membiayai kos haji. Namun, tidak kesampaian akibat zionis Israel mengepung sempadan Rafah-Mesir.

Mahmoud menyifatkan mereka tinggal di dalam penjara akibat penutupan jalan masuk dan keluar di Rafah. Isterinya begitu kecewa kerana tidak dapat tunaikan haji ditambah dengan genosid oleh pihak zionis. Rumah mereka pula musnah.

Dia dan suami sangat gembira ketika mana mendapat tahu nama mereka diluluskan untuk menunaikan haji tetapi musnah akibat kekejaman Zionis.

Menurut Kementerian Wakaf di Gaza, 2500 penduduk Gaza terhalang untuk menunaikan haji tahun ini. Kumpulan ini mewakil 38% daripada keseluruhan 6600 jemaah Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts