India guna senjata Zionis serang Kashmir

LONDON, 28 Feb 2019 — Ketika rejim Zionis terus membisu tentang dakwaan mereka membekalkan senjata secara rahsia untuk junta Myanmar membunuh penduduk Rohingya, timbul pula bukti-bukti bahawa senjata mereka juga digunakan dalam konflik antara India dan Pakistan.

Selasa lalu, tentera Pakistan menembak jatuh dua buah jet perang India yang menceroboh dan menyerang wilayah Kashmir-Pakistan. Jet-jet Mirage tentera India menggunakan roket pintar Spice 2000 yang dibekalkan oleh rejim Zionis, dalam salah satu perjanjian bekalan senjata terbesar dalam sejarah rejim Zionis.

Bahkan, tentera India dan Zionis giat menjalankan latihan bersama sejak dua tahun lalu. Rejim Zionis membekalkan sistem radar, peluru, serta roket yang telah diuji ke atas penduduk Palestin di Gaza kepada India, melibatkan kos hampir satu bilion Dolar setahun.

Bahkan kenyataan Setiausaha Luar India, Vijay Gokhale, begitu mirip dengan skrip yang lazim dikeluarkan oleh tentera Zionis. “Tentera (India) menyasarkan kem latihan Jaish-e-Mohammad dalam operasi ‘menghalang serangan’, berdasarkan maklumat perisikan bahawa mereka sedang merancang serangan keganasan” – tanpa memberi sebarang bukti.

Sikap “nationalis” Zionis mempunyai banyak persamaan dengan nationalis Hindu pimpinan Bharatiya Janata Party (BJP), yang mana mangsa mereka adalah penduduk Palestin dan Kashmir yang menderita di bawah penjajah sejak berdekad lalu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts