Insiden Pembunuhan Yahudi Bakal Mencetus Intifadah Ketiga?

intifadahAL-QUDS, 3 Julai 2014 (Ynet) — Penganalisa strategi dan keselamatan Zionis, Ron Ben-Yishai, menulis bahawa apa yang sedang berlaku di Tebing Barat merupakan permulaan kepada Intifadah Ketiga. Beliau turut mendedahkan bahawa tentera Zionis sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang pertempuran sejak tercetusnya Kebangkitan Dunia Arab tahun 2011.

Menurut Ben-Yishai, insiden penculikan tiga peneroka Yahudi pada 12 Jun lalu serta serangan roket dari Gaza ke kawasan penempatan Yahudi menunjukkan permulaan intifadah yang baharu.

“Bagi menghalang sebarang aktiviti (penentangan rakyat Palestin) di Tebing Barat, tentera Zionis harus meluaskan operasi dan membina sekatan-sekatan, di samping kawalan dan pemerhatian yang sedia ada,” kata beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts