Intifadah Al-Quds Mesti Diteruskan

ISTANBUL, 16 Okt 2015 (BHP) — Pemimpin pergerakan Harakah al-Muqawama al-Islamiyya (Hamas) di Gaza, Ismail Haniyah menyeru seluruh rakyat Palestin supaya meneruskan kebangkitan menentang kejahatan Zionis bagi menamatkan era penjajahan.

Dalam rakaman ucapan beliau di sebuah persidangan antarabangsa berkenaan Al-Quds di sini, Ismail menyeru seluruh dunia Arab dan masyarakat Islam supaya mendukung Intifadah Al-Quds yang sedang marak dengan apa jua cara dan kemampuan, serta menghentikan sebarang usaha untuk memadamkan api kebangkitan tersebut.

Menurut mantan Perdana Menteri Palestin itu, persidangan yang sedang berlangsung di Istanbul menjadi bukti bahawa isu Palestin tetap menjadi isu penting dan utama bagi umat Islam. Beliau menyaran para peserta persidangan mengambil langkah-langkah praktikal bagi mendukung perjuangan di Al-Quds dan menjaga kesucian Masjid Al-Aqsa. “Di sebalik kepedihan dan pengorbanan, kita akan tetap mencapai kemenangan. Penjajahan Zionis kini tidak lagi mempunyai masa depan di bumi Palestin,” kata beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts