ISIS halang makanan untuk pelarian Palestin di Yarmouk

DAMASKUS, 5 Mei 2017 (PIC) — Laporan Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria semalam menyebut bahawa kumpulan ISIS cuba mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan barat kem pelarian Palestin di Yarmouk, selatan Damaskus, dan menghalang pelarian dan penduduk awam daripada mendapatkan bekalan makanan.

Sekatan ketat dikenakan ke atas kawasan Yarmouk oleh tentera rejim Bashar selama 1,386 hari berturut-turut. Bekalan elektrik dipotong sejak 968 hari.

Kawasan tersebut sebelum ini dikawal oleh kumpulan Tahrir al-Sham (Barisan al-Nusra).

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts