Ismael Haniyah Isytihar Kemenangan Rakyat Palestin

Gaza – Infopalestin: Ismael Haniyah, PM Palestin mendeklarasikan kemenangan rakyat Palestin dalam perang melawan Israel di Jalur Gaza yang berlangsung selama 22 hari. Ia menyebut ini pertolongan Allah.

Dalam ucapannya di TV semalam, Ahad (18/1) ia menegaskan pasukan Israel harus meninggalkan Jalur Gaza sepenuhnya tanpa syarat apapun, membuka laluan persempadanan, membebaskan Jalur Gaza dari pelbagai sekatan yang mereka adakan, tidak boleh ada lagi sekatan ke atas Gaza setelah darah warga Jalur Gaza tumpah oleh kejahatan Israel. Ia menegaskan bahawa Palestin harus bekerja kembali menyempurnakan langkah-langkah yang sudah dimulai.

Haniya yang menegaskan bahawa apa yang terjadi di Jalur Gaza adalah kemenangan rakyat, dunia antarabangsa dan kemanusiaan menyatakan bahawa rakyat Palestin saat ini berada dalam episod sejarah dan kemenangan yang amat bersejarah. Kemenangan ini dinilai sebagai kemenangan yang paling besar. Yakni kemenangan yang berdasarkan kepada komitmen memperjuangkan hak-hak, prinsip-prinsipnya, membebaskan tanah Palestin, mendirikan negaranya yang merdeka dengan kedaulatan penuh dengan ibukota Al-Quds, membebaskan semua tahanan Palestin di penjara-penjara Israel, kembalinya rakyat Palestin ke kampung halaman mereka.

Ia menambahkan bahawa kemenangan ini akan dijadikan sebagai titik tolak mengembalikan kesatuan nasional Palestin dan dialog internal. Agar, kepentingan nasional mampu terwujud.

Pemerintah Haniyah juga akan terus mengawasi keadaan persempadanan, memberikan bantuan rakyat yang mengalami penderitaan dahyat dari Israel. Apa yang diinginkan oleh Israel berupa kerusuhan keamanan di Jalur Gaza tidak terjadi.

Ismael Haniya menegaskan pentingnya penghantaran Pasukan Penyiasatan Antarabangsa untuk melakukan penyelidikan kejahatan Israel terhadap warga Jalur Gaza. Ia meminta agar para elit Israel diseret ke Mahkamah Antarabangsa.

Haniya mengatakan bahawa pemerintah Palestin mendoakan para syuhada Palestin diberikan tempat yang mulia disisi-Nya, mengambil pelajaran berharga dan memberikan penghormatan kepada Dr. Nazzar Rayyan, dan komandan Menteri Dalam Negeri Palestin, Syekh Said Shayyam. Juga berharap agar mereka-mereka yang tercedera segera diberikan rawatan yang sebaiknya.

Haniya menegaskan pihaknya akan segera memberikan bantuan kepada semua keluarga yang ditimpa musibah, rumah dan aset yang dihancurkan Israel, akan diberikan tempat tinggal alternatif secepatnya. Serta akan merehabilisasi kerosakan yang ditimbulkan oleh kejahatan Israel. Ia meminta kepada bangsa Arab dan Islam serta dunia Antarabangsa bertanggungjawab atas semua yang menimpa rakyat Palestin di Jalur Gaza.

Haniya menyampaikan rasa terimakasih yang sedalam-dalamnya kepada semua yang berusaha membantu rakyat Palestin, dukungan dana dan sokongan lainnya kepada rakyat Palestin di seluruh dunia. Atas sokongan yang padu itu telah memberikan kekuatan dan keteguhan dalam berjuang melawan Israel. (bn-bsyr)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts