Ismail Haniya Seru Pemimpin Arab dan Islam Bertindak Atas Pelbagai Sekatan di Gaza

Ismail HaniyaPerdana Menteri Palestin, Ismail Haniya meminta para pemimpin bangsa Arab dan Islam bertindak agar pelbagai sekatan di Gaza dihentikan dan ditarik balik supaya dapat menghentikan penderitaan rakyat Palestin, terutama pada bulan Ramadhan ini.

Permintaan ini diungkapkan Haneya dalam acara ifthar jama’i yang diadakan oleh Pertubuhan Yayasan Islam di Gaza dengan kerjasama HAMAS pada Sabtu (22/8).

Dalam kesempatan itu, Haniya mendorong sejumlah pemimpin agar mengikuti jejak Pemimpin Qatar, Syaikh Khalifah bin Hamdi yang membantu meringankan beban rakyat Palestin dengan menyumbangkan wang sejumlah 10 juta dollar untuk membantu para pekerja dan nelayan di Gaza.

Haniya mengatakan, “Kami menyeru atas nama ribuan tawanan yang hingga kini masih mendekam di penjara Israel, agar para pemimpin dunia menghapuskan sekatan dan tindakan zalim kepada kami. Sekatan  ini dilakukan hanya kerana sikap dan pendirian kami yang berusaha mempertahankan kemuliaan dan hak-hak kami. Kami akan terus atas sikap dan pendirian ini, tidak akan pernah tunduk kepada sesiapapun kecuali pada Allah SWT”, tegasnya.

Di pihak lain, Ketua Organisasi Qatar, Ali Syaikh Suwaiji, melalui ucapannya melalui telepon menyatakan kebanggaaannya terhadap warga Gaza dan atas perjuanganya dalam menghadapi sikap agresif serta sekatan Zionis. Beliau juga memohon Liga Arab untuk turut serta mengambil bahagian dalam pembatalan segala sekatan ke atas warga Gaza.

Ia menambah lagi, “Kami tidak akan menunggu terlalu lama ataupun menunda-nunda kesungguhan kami atas apa yang kami mampui berikan untuk hal itu. Ingatlah, kemenangan bersama kesabaran, kelapangan bersama kesusahan dan kesulitan bersama kemudahan”. (asy/pic/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts