Ismail Haniyeh dilantik sebagai pengerusi Hamas

GAZA, 6 Mei 2017 (PIC) — Majlis Syura Hamas memilih Ismail Haniyed sebagai pengerusi baharu biro politik Hamas, menggantikan Khaled Mishaal.

Ismail merupakan pengerusi ketiga biro tersebut selepas Mousa Abu Marzouk menyandangnya dari tahun 1992 hingga 1995 dan kemudian digantikan oleh Khaled Mishaal sejak tahun 1996. Mishaal tidak lagi menyandang sebarang jawatan di dalam Hamas, tetapi masih kekal di dalam Majlis Syura.

Ismail dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di kem pelarian Shati pada tahun 1963. beliau menetap di situ bersama isteri dan 13 anak-anaknya walaupun pernah menjadi Perdana Menteri Palestin di Gaza.

Ismail mendapat ijazah dalam kesusateraan Arab dari Universiti Islam Gaza pada tahun 1987, di mana beliau telah menjadi ketua perwakilan pelajar dari tahun 1984 hingga 1986. Beliau pernah dipenjara sebanyak tiga kali oleh reji Zionis, iaitu selama 18 hari dalam tahun 1987 dan enam bulan yang lain dalam tahun 1988.

Beliau ditangkap semula pada tahun 1989 dan dipenjara selama tiga tahun. Apabila dibebaskan pada tahun 1992, beliau diusir bersama lebih 400 pemimpin Hamas dan Jihad Islami ke Marj al-Zuhur di selatan Lubnan selama lebih setahun.

Beliau terselamat dalam satu cubaan membunuh oleh tentera Zionis pada tahun 2003, di mana bangunan tempat beliau bersama pemimpin Hamas termasuk syahid Sheikh Ahmad Yasin bermesyuarat telah dibom.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts