Ismail Haniyyeh: Hanya generasi beriman dapat bebaskan Palestin

GAZA, 13 Dis 2015 (PIC) — Timbalan ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyyeh, berkata bahawa proses membentuk generasi yang bersenjatakan iman merupakan satu langkah ke arah membebaskan Palestin dari penjajahan Zionis.

Beliau berucap demikian dalam satu majlis graduasi pelajar Pusat Al-Quran dan Sunnah di Rafah, selatan Gaza. Seramai 200 pengajar dan huffaz diraikan dalam majlis tersebut.

“Hari ini, kita terus berjalan di atas landasan yang betul untuk membina generasi yang membawa kemenangan dan pembebasan, dalam masyarakat yang berjuang, beriman, berkasih sayang dan bermurah hati,” kata beliau.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa “generasi Al-Quran, iman dan masjid akan membebaskan Palestin, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa,” dengan menegaskan “mereka yang beriman akan dapat menewaskan musuh sungguhpun mereka tidak mempunyai senjata.”

Beliau turut menyebut bagaimana cita-cita Zionis untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa kebelakangan ini berjaya digagalkan oleh para lelaki dan wanita yang tidak bersenjata, yang hanya membawa Al-Quran untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Lelaki dan wanita tersebut berjaya menanam benih intifadah di Al-Quds dan Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts