Israa Abed Disahkan Tidak Bersalah

NAZARETH, 28 Okt 2015 (Maan) — Menteri Kehakiman Zionis mengumunkan bahawa siasatan terhadap insiden pasukan keselamatan Zionis menembak Israa Abed pada 9 Oktober lalu mendapati mangsa tidak berniat untuk melakukan serangan menikam sebelum beliau ditembak.

Sehubungan dengan itu, Israa tidak akan didakwa dan akan dibebaskan pada hari Khamis.

Bagaimanapun, tidak ada tindakan dikenakan ke atas polis Zionis yang bertindak menembak Israa. Sikap rejim ini akan membiarkan polis menembak penduduk Palestin secara sembarangan.

Rakaman video menunjukkan mangsa dikelilingi oleh pasukan keselamatan Zionis di sebuah stesen bas di Afula dan dikatakan memegang sebuah objek ditangannya. Di tengah ketegangan dan jeritan, beliau ditembak beberapa kali dan jatuh ke lantai. Beliau tidak sedikitpun membawa ancaman terhadap kumpulan yang lengkap bersenjata itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts