Israel Antara Negara Yang Terlibat Dalam Rangkaian Jual Beli Organ Manusia

KOSOVO, 17 November – Seorang  pendakwaraya dari Kesatuan Eropah mengatakan bahawa Israel telah tersenarai dalam rangkaian perdagangan organ manusia di Kosovo dan kes ini telah dibawa ke Mahkamah Negeri Pristina, demikian laporan mengatakan.

Jonathan Ratel, yang bertugas  di Kosovo sebagai sebahagian daripada jawatankuasa Peraturan dan Undang-undang  Kesatuan Eropah, telah mengumumkan bahawa tujuh orang suspek yang bertugas sebagai doktor dari Kosovo untuk sebuah klinik yang dikenali sebagai Medicus di bandar Pristina, didapati terlibat dalam rangkaian perdagangan antarabangsa  organ manusia yang menderita kemiskinan, demikian  Associated Press melaporkan.

Para penderma berasal dari Moldova, Kazakhstan, Rusia dan Turki dan tertarik dengan janji palsu bayaran sebanyak 20 ribu dolar. Namun, mereka akhirnya tidak pernah menerima sebarang bayaran seperti yang dijanjikan.

Organ tersebut akan dipindahkan dari mangsa dan ditransplantasikan kepada penerima yang terdiri daripada orang kaya yang kebanyakan berasal dari Israel, Kanada, Jerman dan Poland.

Majlis Eropah sedang menyiapkan laporan tersebut dan akan dterbitkan kepada awam di Perancis secepat mungkin. (TV Press)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts