Israel bercadang membeli Jet F-35 dari Amerika

f-35Ramallah, 24 Jun: Israel semakin hampir kepada satu perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk pembelian jet-jet pejuang F-35. Dalam satu laporan semalam (Rabu, 23 Jun) Menteri Pertahanan Israel  dan Pentagon baru-baru ini bersetuju dalam satu siri perbincangan untuk membeli beberapa buah jet pejuang tersebut dan di integrasi dengan teknologi Israel pada jet pejuang tersebut.

Akhbar harian Baitulmuqaddis Post menyatakan yang perkembangan tersebut berjalan setelah beberapa siri lawatan telah diadakan oleh pegawai-pegawai Tentera Udara Israel (IAF) ke Washington. Pada minggu lepas, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak telah mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi daripada Lockheed Martin – pengeluar F-35.

F-35 turut dikenali sebagai Pejuang Serangan Bersama (JSF), akan menjadi satu daripada jet-jet pejuang paling termaju dalam dunia dan akan membolehkan Israel secara berfasa menggantikan model lama jet pejuang mereka, F-15 dan F-16. – AN

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts