Israel Bina 600 Rumah Haram

BAITULMUQADDIS, Jumaat, 22 Oktober – Sejumlah penempatan haram Yahudi telah mula di bina sejak tarikh akhir pembekuan pembinaan diumumkan. Pembinaan tersebut melibatkan kira-kira 600 buah rumah, demikian kata Hagit Ofran dari pertubuhan Peace Now semalam.

“Berdasarkan anggaran kami, pembinaan telah bermula melibatkan antaara 600-700 buah rumah baru dalam tempoh kurang sebulan” katanya.

Menurut Ofran, jumlah rumah itu meningkat empat kali ganda sebelum Israel membekukan pembinaan kediaman haram Yahudi. Pembinaan itu adalah bagi memenuhi permintaan kira-kira 2000 buah rumah.

Jurucakap Palestin Ghassan Khatib mengatakan, angka itu “membimbangkan dan merupakan penunjuk lain bahawa Israel tidak serius tentang proses keamanan, yang seharusnya untuk menamatkan pendudukan”. (BBC/PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts