Sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Rafah, kawasan selatan semenanjung Gaza.
Serangan beralku di kejiranan Tel al-Sultan, dimana ribuan penduduk Gaza berlindung selepas ramai melarikan diri sejak regim zionis memulakan serangan darat dua minggu lalu.
Ismail al-Thawabta memaklumkan jumlah kematian melebih 35 orang. Manakala Jawatankuasa Palang Merah mengesahkan hospital mereka di Rafah menerima kemasukan mangsa dan hospital lain juga turut menerima sejumlah besar pesakit.
Sebagai makluman, kawasan tersebut adalah dikhususkan untuk kem pelarian. Pihak regim telah mengiktiraf kejiranan Tel al-Sultan di Barat Rafah sebagai zon selamat. Namun mereka terus menipu dunia!
HAMAS dalam satu kenyataan menggesa rakyat Palestin “bangkit dan berarak” menentang pembunuhan beramai-ramai tentera zionis Israel di Rafah.