Yahudi Israel Cuba Menutup Sejarah “Pembersihan Etnik Palestin”

26 Okt – Menteri Pendidikan di Israel telah memutuskan untuk menarik buku pelajaran sejarah kerana kandungan bahagian yang ada di dalam buku tersebut membicarakan tentang pengusiran warga Palestin pada tahun 1948 untuk pembentukan negara Israel, menggambarkan hal itu sebagai ‘Ethnic Cleansing. ”

Sumber-sumber media Israel mengatakan, buku pelajaran, yang akan diajarkan kepada kelas menengah, akan diterbitkan semula selepas perubahan dilakukan.

Memetik satu satu kenyataan di dalam buku tersebut menyatakan: “Orang-orang Palestin dan negara-negara Arab berpendapat bahawa sebahagian besar pelarian adalah warga awam yang diserang dan diusir dari rumah mereka oleh pasukan bersenjata Yahudi, yang melaksanakan dasar pembersihan etnik.”

Israel sering menuduh bahawa bangsa Palestin tidak dipaksa keluar dari Palestin, namun Israel mendakwa bahawa warga Palestin meninggalkan perkampungan mereka berdasarkan arahan tentera Arab yang berjanji untuk menyerbu daerah mereka.

Sementara itu, sejarawan Israel, Ilan Pappe telah menerbitkan sebuah buku berjudul “Pembersihan Etnik Palestin.” Buku Ilan Pappe telah mencetus kritikan ┬áberskala besar di kalangan Zionis di seluruh dunia. Buku beliau adalah didasarkan atas dokumen-dokumen yang diambil daripada arkib Kementerian Pertahanan Israel.

Buku ini menunjukkan bahawa Yahudi Zionis telah merancang untuk pembentukan Israel di tanah Palestin yang didiami oleh penduduk Palestin. Buku tersebut juga telah memberikan butiran yang ditetapkan oleh para pemimpin Yahudi tentang bagaimana untuk menyingkirkan penduduk Palestin yang ada. imm

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts