Israel Isytihar Presiden Brazil Persona Non Grata

Menteri Luar Israel, Yisrael Katz, memaklumkan kerajaan haram Israel mengisytiharkan Presiden Brazil, Luiz Lula Inacio Da Silva sebagai Persona Non Grata (Orang Yang Tidak Dikehendaki) kerana kenyataannya menyokong Palestin dan menyatakan tindakan Israel sama dengan apa yang dilakukan Hitler bersama Jerman.

“Kami tidak akan lupa dan tidak akan maafkan kenyataan tersebut. Ini adalah serangan anti semitik atas nama saya dan negara haram Israel. Perbandingan perang Israel ke atas HAMAS dengan kekejaman Nazi dan Hitler adalah jijik dan memalukan. Selagi Inacio Luna tidak menarik kenyataannya selagi itu beliau tidak dikehendaki disini” ujar Katz.

Duta Brazil di Israel, Frederico (kiri), Menteri Luar Israel, Katz (kanan)

Duta Besar Brazil ke Israel dipanggil pihak Kementerian Luar Israel bagi menyampaikan kecaman keras itu. Tambah pula, Netanyahu menyatakan Presiden Brazil itu sudah melampau.

Ahad lalu, Presiden Brazil menyampaikan kecaman itu dihadapan Kesatuan Afrika di Addis Adaba, Maghribi dengan menyamakan tindakan Zionis Israel seperti tindakan Nazri Jerman semasa Perang Dunia Kedua

“Ini bukan perang antara askar dengan askar. Perang ini adalah antara askar lengkap bersenjata menetang kanak-kanak dan wanita. Apa yang berlaku kepada rakyat Palestin ketika ini tidak pernah berlaku dalam setiap detik sejarah. Saya lupa sebenarya ia sudah berlaku iaitu ketika Hitler mahu membunuh Yahudi” kata Inacio.

Kementerian Luar Brazil bertindak balas terhadap Israel dengan memanggil Duta Israel ke Brazil, Daniel Zonshine untuk mesyuarat di Rio De Janeiro. Duta Brazil di Tel Aviv, Frederico Meyer juga telah dipanggil untuk pulang ke Brazil.

Syabas Brazil. Israel melakukan genosid.

Penulis : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts