Israel rosakkan talian komunikasi Gaza

Gaza, 10 Ogos — Israel merosakkan talian komunikasi di Gaza menyebabkan wilayah tersebut terputus hubungan sama-sekali dari dunia luar.

Laporan wakil Press TV di Gaza menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku lewat petang Selasa lalu bilamana jentolak-jentolak bertindak merosakkan infrasuktur fiber optik bagi talian mudah-alih, talian tetap dan internet di daerah Nahal Oz. Berdasarkan kepada laporan yang dipetik oleh agensi berita tersebut, semua usaha untuk berhubung dengan wilayah Gaza dari dunia luar gagal.

Menurut operator rangkaian komunikasi Palestin, PalTel, mereka memerlukan permit atau kelulusan dari pihak Israel untuk membaiki kerosakan tersebut. Sehingga kini, kelulusan itu belum lagi diperolehi.

Rejim pengganas Israel mengenakan sekatan menyeluruh ke atas Gaza sejak Jun 2007, menghalang hak 1.5 juta penduduk untuk hidup bebas dan aman sebagaimana masyarakat lain. Keadaan lebih parah apabila tentera Zionis menyerang habis-habisan wilayah tersebut pada tahun 2008-2009, disusuli dengan serangan berterusan sehingga ke hari ini.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts