Israel Sedia Bebaskan 980 Tahanan Palestin Demi Gilad Shalit

30 Nov – Israel memutuskan untuk membebaskan 450 tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada kesepakatan pertukaran tahanan untuk membebaskan tentera yang ditangkap, Gilad Shalit, dan juga akan melepaskan 530 tahanan tambahan yang dipilih sebagai sebahagian daripada apa yang digambarkan sebagai ‘isyarat kepada Palestin ‘.

Israel mengatakan bahawa 450 tahanan Palestin, yang diminta oleh Hamas, mungkin akan dibebaskan sebagai ganjaran bagi pembebasan Shalit. Manakala bakinya akan diputuskan oleh Israel sendiri

Pihak Israel menambah bahawa ini adalah sebuah tawar-menawar, di mana Israel berusaha untuk membayar harga terendah bagi membebaskan Shalit, dan 550 tahanan tambahan akan dipilih oleh Israel untuk dibebaskan sebagai isyarat kesediaan Israel menyambut baik usaha pertukaran tahanan ini. immec/aljazeera

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts