Israel serang balai polis di Gaza

Gaza, Khamis 7 Okt — Jet-jet pejuang tentera udara Zionis Israel menyerang sebuah balai polis di utara Gaza, menyebabkan 3 orang awam tercedera.

Menurut laporan wakil PressTV di Gaza, serangan tersebut berlaku pada awal pagi Khamis. Letupan besar menyusul selepas serangan tersebut menyebabkan kerosakan rumah-rumah berdekatan dan masyarakat menjadi panik.

Serangan tentera Zionis ini dilakukan hanya beberapa jam selepas jet-jet pejuang mereka memasuki ruang udara Gaza sebagai latihan bagi menyerang wilayah Gaza.

Ketika laporan dibuat, jet-jet pejuang tentera Zionis masih lagi terbang rendah di ruang udara kawasan yang diserang.

Tentera Zionis menyerang Gaza pada hujung tahun 2008, menyebabkan lebih 1,500 orang terkorban. Sejak serangan besar-besaran itu, tentera Zionis terus dengan serangan dan pencerobohan ke wilayah Gaza terutama sekali di kawasan utara dan juga Rafah di sempadan Gaza-Mesir. Serangan lazimnya dibuat dengan menggunakan kereta kebal dan jet pejuang.

Tentera laut Zionis Israel juga sering menyerang nelayan-nelayan Palestin di perairan Gaza. Israel hanya membenarkan nelayan-nelayan Gaza belayar tidak lebih daripada 3 batu nautika daripada pantai Gaza, sedangkan Ketetapan Oslo memutuskan hak rakyat Palestin untuk menangkap ikan sehingga ke 20 batu nautika. (mn/PressTV)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts