Israel Serang Lapangan Terbang Gaza

10 Feb, Gaza – Pada pagi subuh Rabu, (10/2), sejumlah pesawat tempur Israel melakukan operasi serangan udara ke atas lapangan terbang Gaza, yang terletak di sebelah Selatan Gaza. Serangan secara mengejut itu menurut sejumlah saksi yang melihat tidak memakan korban nyawa mahupun yang terluka.

Wartawan Al Quds melaporkan ada tiga buah jet pesawat Israel yang diarahkan terbang di sekitar lapangan terbang Gaza, yang sebenarnya sudah hancur akibat serangan Israel sebelumnya. Serangan bom roket Israel itu memancarkan sinar terang di langit Gaza yang masih gelap kerana kejadian berlaku pada awal pagi. Serangan itu kemudian dilakukan dengan penerbangan jarak dekat yang dilakukan pesawat tempur Israel ke atas lokasi.

Menurut jurubicara tentera Israel, HAMAS yang bertanggungjawab menyebabkan mereka mengaturkan serangan udara ke lapangan terbang Gaza pagi tadi.

”Sasaran kami adalah ke atas pejuang Palestin yang bersembunyi di Selatan Gaza,” jelas jurubicara tentera Israel melalui radio Israel. Menurut mereka, aksi itu dilakukan kerana sebelumnya pejuang Palestin melontarkan roketnya dari Gaza ke arah Naqeb Barat Israel. Dan Israel, terus menuduh pelakunya adalah, Hamas. Sejumlah bangunan memang hancur akibat serangan udara Israel ini. Namun sehingga kini, belum ada laporan adanya mangsa yang terkorban atau kecederaan.(mln/qds)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts