Israel Tahan 4 Hari Lagi Pemimpin Gerakan Islam Palestin Untuk Disoalsiasat

Ali Abu Sheikha - alaqsa-online.com
Ali Abu Sheikha - alaqsa-online.com

15 Okt – Mahkamah Majistret Baitulmuqaddis memutuskan bahawa Ali Abu Sheikha , salah seorang daripada pemimpin bagi Gerakan Islam Palestin di Israel, ditahan  untuk disoal siasat selama empat hari lagi bagi tujuan pendakwaan untuk mendakwa beliau adalah orang yang disyaki melakukan perbuatan yang mencetuskan ketidaktentuan arah dan hasutan.

Pihak polis Yahudi Israel mendakwa ang Ali Abu Sheika telah melakukan ‘hasutan dan perbuatan yang mencetuskan hura hara” semasa di Baitulmuqaddis baru-baru ini apabila berlaku  pertempuran antara polis dengan beratus-ratus penduduk Palestin yang berkumpul di Masjid Al Aqsa di Baitulmuqaddis.  Ali Abu Sheika bersama Syeikh Solah dan ramai lagi aktivis Gerakan Islam palestin berhimpun di Masjid Al Aqsa demi mempertahankan kesucian masjid tersebut dari dicemari oleh peneroka Yahudi Israel.

Mahkamah itu berkata yang nereka mempercayai bahawa Abu Sheikha terlibat dalam pertempuran itu. Beliau telah ditangkap pada Selasa lepas.

Ia menambah bahawa Abu Sheikha disyaki ‘mewujudkan situasi panik’ antara orang ramai dengan menyebarkan khabar-khabar palsu.

Abu Sheikha adalah penasihat Gerakan Islam untuk Hal Ehwal Baitulmuqaddis. Beliau salah seorang daripada tiga pemimpin-pemimpin tertinggi Pergerakan Islam Cawangan Utara di Israel.

Anggota polis Israel telah berulang kali menahan dan menyiasat pemimpin-pemimpin pergerakan tersebut, dan mereka telah menahan Sheikh Raed Salah, ketua cawangan utara pergerakan Islam dan timbalannya Syeikh Kamal Harb.

Sheikh Khatib baru-baru ini telah disoal siasat oleh polis Israel dan telah dibebaskan kemudian hari, manakala Sheikh Salah telah disoal siasat dan dihalang memasuki Baitulmuqaddis untuk tiga puluh hari. imemc

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts