Israel tangkap tujuh lagi di Tebing Barat

Tentera rejim pengganas Israel telah menculik tujuh orang lagi rakyat Palestin dalam operasi serbuan awal pagi Khamis 13 Ogos di beberapa kawasan di Tebing Barat. Tentera tersebut telah memasuki pusat bandar Ramallah dan beberapa kawasan kampung berhampiran. Mereka juga memasuki bandar al-Khalil di selatan dan bandar Qalqilia di utara Tebing Barat. 7 orang awam Palestin telah ditangkap.

Semalam, Rabu, tentera pengganas Israel juga telah menangkap 4 orang Palestin dari 3 buah kampung berdekatan bandar Jenin di utara Tebing Barat.

Penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat menjadi mangsa operasi semalaman yang hampir tidak putus-putus, walaupun Israel telah mengadakan perjanjian keselamatan bersama Palestinian Authority (PA.) Menurut perjanjian tersebut, PA bertanggunjawab ke atas keselamatan di Tebing Barat dan pasukan keselamatan Israel tidak mempunyai sebarang kuasa dalam kawasan tersebut.

Lebih 2,500 orang rakyat Palestin dari Tebing Barat dan Gaza telah ditahan oleh rejim pengganas Israel sejak awal tahun 2009. Israel kini memenjarakan lebih 11,500 orang Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, di pusat-pusat tahanan yang dilaporkan berkeadaan sangat teruk. (mn/PressTV)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts