Istanbul akan memperingati ulang tahun ke-7 serangan maut ke atas Mavi Marmara

ISTANBUL, 29 Mei 2017 (PIC) — Pertubuhan Solidariti Palestin (FIDDER) dan Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) akan bekerjasama menjayakan perarakan tahunan memperingati ulang tahun ketujuh serangan maut tentera Zionis ke atas pelayaran kemanusiaan Mavi Marmara.

Perarakan tersebut dijadualkan bermula dari Dataran Taksim di kota Istanbul pada 31 Mei.

Tentera laut Zionis menyerang kapal-kapal yang menyertai pelayaran kemanusiaan Freedom Flotilla pada 31 Mei 2010. Seramai 10 relawan yang menaiki kapal Mavi Marmara telah dibunuh oleh tentera, manakala puluhan yang lain cedera.

Seramai 12 relawan Malaysia turut menyertai pelayaran tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts