Isteri dan bapa Muhammad al-Fakih cedera parah diserang tentera Zionis

AL-KHALIL, 3 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyerang keluarga aktivis syahid Muhammad al-Fakih di rumah mereka di al-Qalqiliya awal pagi tadi.

Dalam serangan tersebut, isterinya Hadeel Awda yang sedang hamil empat bulan cedera dipukul oleh tentera wanita di bahagian perutnya. Tentera Zionis sebelum ini pernah mendesak Hadeel supaya menggugurkan kandungan beliau.

Manakala bapanya Zuheir Barakat Awda jatuh pengsan dan mengalami pendarahan otak yang serius selepas dipukul dengan kasar oleh tentera. Mereka dikejarkan ke hospital UNRWA di Qalqiliya untuk rawatan kecemasan, di mana bapanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Keluarga al-Fakih menyifatkan serangan tersebut merupakan tindakan membalas dendam tentera Zionis terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Muhammad al-Fakih ditembak mati oleh tentera Zionis pada 27 Julai lalu atas tuduhan melakukan serangan berdekatan penempatan haram Beit Hagai dan Otneil di selatan al-Khalil sehingga membunuh pendatang Yahudi Michael Marc.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts