Isteri syuhada ditangkap, diacu senjata di hadapan anak-anaknya

AL-QUDS, 17 Jan 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menangkap isteri syahid Ghassan Abu Jamal dari rumah beliau di Jabal al-Mukabbir, al-Quds, dengan mengacu senjata di hadapan tiga anaknya dan kemudian mengheret beliau ke lokasi yang tidak diketahui.

Ketiga-tiga anak kecilnya menangis, merayu supaya ibu mereka tidak dimasukkan ke dalam penjara.

Menteri Dalam Negeri Zionis baru-baru ini mendesak supaya status penduduk al-Quds bagi isteri Ghassan itu digugurkan, hanya kerana suaminya terlibat dalam serangan anti-penjajahan di sebuah sinagog Yahudi di al-Quds. Mereka turut mengharamkan beliau dan ahli keluarganya berada dalam kawasan al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts