Jabatan Wakaf: Kami tidak akan tunduk kepada syarat-syarat Zionis

AL-QUDS, 17 Julai 2017 (PIC) — Pengarah Jabatan Wakaf al-Quds, Azzam al-Khatib, menyokong pendirian beberapa pertubuhan Islam di kota suci al-Quds untuk tidak memasuki Masjid al-Aqsa melalui alat pengesan logam yang dipasang oleh rejim penjajah Zionis.

Azzam berkata, “Ini adalah masjid kami dan kami tidak akan tunduk kepada tekanan-tekanan yang bertujuan untuk mengubah status quo di situ.”

Penduduk Palestin berjaga di hadapan pintu-pintu masuk masjid buat hari kedua berturut-turut, membantah syarat untuk masuk ke tapak suci itu melalui alat pengesam logam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts