GAZA, 17 Nov 2015 (WAFA) — Menjelang tibanya musim sejuk, dalam keadaan kemusnahan yang hampir tidak menampakkan sebarang pembinaan semula, rumah-rumah penduduk dan jalan-jalan di Gaza hari ini dinaiki air berikutan hujan lebat.
Hujan yang turun dengan lebatnya selama beberapa jam di wilayah terkepung itu menyebabkan jalan-jalan serta beberapa buah rumah dan kedai tenggelam, namum setakat ini tidak ada kecederaan dilaporkan.
Penduduk Gaza masih lagi menanggung penderitaan dan kemusnahan akibat serangan tentera Zionis pada musim panas 2014, di mana ribuan buah rumah musnah sehingga penduduk terpaksa tinggal di dalam karavan dan juga dibawah runtuhan bangunan rumah.