Jangan Berunding Dengan Tahanan Mogok Lapar – Shin Bet

cohen
Yoram Cohen

AL-QUDS, 10 Jun 2014 — Pasukan perisik Shin Bet menasihati Perdana Menteri Benjamin Netanyahu supaya tidak membuat sebarang rundingan dengan tahanan pentadbiran yang sedang mengadakan mogok lapar dalam penjara-penjara rejim Zionis itu.

Menurut kenyataan agensi Haaretz, keputusan Netanyahu untuk tidak mengadakan sebarang rundingan dan mengusulkan rang undang-undang di parlimen bagi membenarkan pihak penjara memaksa tahanan mogok lapar makan adalah berdasarkan kepada saranan Shin Bet.

Laporan agensi tersebut menyebut pengarah Shin Bet, Yoram Cohen, percaya bahawa rundingan yang telah diadakan dengan tahanan mogok lapar pada tahun 2012 merupakan satu kesilapan bensar bagi pihak rejim Zionis. Mereka cuba mengelak daripada mengulangi kesilapan yang sama.

Namun Cohen turut melahirkan kebimbangan sekiranya mana-mana tahanan maut akibat mogok tersebut, akan berlaku bantahan secara besar-besaran di Tebing Barat dan Gaza.

Sekitar 5,000 rakyat Palestin masih ditahan dalam penjara-penjara Zionis, di mana lebih kurang 200 orang merupakan tahanan pentadbiran.

Melalui tahanan pentadbiran, rejim Zionis menahan rakyat Palestin tanpa sebarang alasan atau pendakwaan selama enam bulan, di mana tempoh tersebut lazimnya dilanjutkan mengikut budi bicara mereka.

Sejak 1967, lebih 800,000 orang Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, telah dipenjarakan.

——-

Sumber berita : Hareetz

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts