Jangkitan Covid-19 meningkat di Gaza, beberapa kawasan dikenakan sekatan pergerakan

GAZA, 23 Sep 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan 73 kes baharu jangkitan Covid-19 di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, selepas menjalankan 2,099 saringan.

Gaza kini mencatatkan 5,518 kes sejak 19 Mac lalu. Seramai 738 pesakit telah sembuh, manakala 17 lagi meninggal dunia.

Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah mengetatkan prosedur pergerakan serta menutup sejumlah kawasan di Kota Gaza dan utara Gaza berikutan peningkatan kes jangkitan. Perintah berkurung dikenakan di Kem Jabaliya. Manakala wilayah utara Gaza dan Turkman di timur Gaza dibahagikan kepada empat zon kawalan dan isolasi.

Kawasan pelancongan di pantai seluruh Gaza turut ditutup kepada pengunjung.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts