Jawatankuasa khas teliti kerosakan di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 31 Julai 2017 — Pengarah Masjid al-Aqsa Sheikh Omar al-Kiswani mengumumkan satu jawatankuasa khas akan meniliti kerosakan serta laporan palsu berkaitan apa yang telah berlaku di masjid al-Aqsa beberapa minggu lalu.

Jawatankuasa tersebut akan membuat laporan tentang kerosakan di perpustakaan, dewan solat, muzium dan pejabat apabila rejim Zionis menutup tapak suci umat Islam itu. Polis Zionis memusnahkan semua kunci-kunci pejabat di al-Aqsa, termasuk perpustakaan dan Mahkamah Syariah. Mereka bahkan merosakkan beberapa buah perigi air.

Terdahulu, khatib Sheikh Ikrima Sabri menyeru supaya berhati-hati tentang penyebaran laporan berkenaan kerosakan ke atas dokumen dan bahan sejarah ketika pasukan keselamatan dan perisikan Zionis menutup al-Aqsa.

Rejim Zionis juga dilaporkan mencuri dokumen-dokumen pemilikan tanah wakaf di al-Quds.

(PIC | IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts