Jemaah al-Aqsa boikot sekatan Zionis, solat di luar masjid

AL-QUDS, 18 Julai 2017 (PIC) — Jemaah al-Aqsa mendirikan solat di luar perkarangan masjid sebagai membantah dan memboikot syarat rejim Zionis supaya mereka melalui alat pengesan logam untuk memasuki tapak suci itu.

Sekitar 3,000 jemaah berkumpul dan bersolat Isyak di kawasan pintu-pintu utama Masjid al-Aqsa dan enggan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh polis.

Pada masa yang sama, pasukan polis mengawal ketat dan membawa puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu, sehingga mencetus ketegangan di kota al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts